Tuesday, December 7, 2010

SALAM MAAL HIJRAH




Assalamualaikum W.B.T dan Salam Malaysia

Rasulullah saw bersabda:

   المُهاَجِرُ مَنْ هَجَرَ السُّوْءَ فَاجْتَنَبَهُ

“Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan  kejahatan, maka dia menjauhinya.” (Hadis riwayat Ahmad)


Hari ini adalah satu hijrah baru bagiku AKU BLOGGER. Dengan kecanggihan teknologi, hari aku cuba untuk menulis dari apa yang lahir dari hati berdasarkan apa yang aku lihat, dengar dan rasa untuk aku berkongsi rasa hati. Mungkin tulisan yang bakal aku garapkan walau aku sedar ianya tidaklah sebaik mana. Namun aku masih berpegang kepada segalanya bermula dengan suatu PERMULAAN.. dan permulaan  adalah untuk PERJUANGAN.. mengharap keberkatan dan keredhaan ALLAH..


Aku bukannya orang yang layak untuk bercerita tentang hijrah Rasullullah S.A.W kerana keterbasan ilmu tentang hal ini. Namun, aku juga merasakan  tidak ada salahnya untuk aku menulis tentang cerita hijrah ini kerana aku yakin terlalu banyak pengajaran yang boleh aku ambil iktibar untuk mengharungi perjalanan kehidupan ini.

1 Muharram 1432H. Genaplah 1432 tahun sejak Nabi Muhammad S.A.W berhijrah dari Mekah ke Madinah. Pentingnya tarikh ini hinggalah dijadikan tarikh permulaan bagi perkiraan zaman Islam. Seperti kita tahu Nabi Muhammad S.A.W menerima wahyu yang pertama 13 tahun lebih awal dari penghijrahan ke Madinah. Penentuan penghijrahan sebagai tarikh permulaan zaman Islam tentulah mempunyai erti yang istimewa. Disinilah bermulanya satu titik penting dalam Syiar Islam. Setelah diperintahkan oleh Allah S.W.T supaya Rasulluah S.A.W melakukan Hijrah. Maka berlakulah satu lembaran baru yang menjadi titik tolak kemenangan  yang menjadi asas dan panduan dalam mencapai kejayaan dimasa mendatang.

Aku perlu melakukan Hijrah Maknawiah. Aku memerlukan satu penghijrahan  jiwa, sikap dan rohani. Aku masih ingat hingga ke hari ini satu pesanan azimat ustaz Raffi semasa aku di Sekolah Menengah dahulu kataya " Kita bukannya Malaikat yang sentiasa melakukan kebaikan, Kita juga bukannya syaitan yang sentiasa membuat kejahatan, Kita adalah manusia yang akan melakukan kebaikan dan kejahatan/dosa. Namun untuk menjadi Insan yang terbaik kita perlu tanamkan dalam diri untuk tidak mengulangi kejahatan/dosa silam"

Semangat pengorbanan yang tinggi perlu ditanam dalam diri ini.Rasulullah SAW meskipun dihadapi dengan kekasaran fizikal, iaitu perbuatan ganas dalam bentuk yang menyakitkan jasad dan badan, seperti dilempar batu, onak, duri dan najis, tetapi baginda sentiasa bertindak dengan penuh hati-hati, berhikmah dan bijaksana. Ia berkorban meninggalkan tanah airnya demi memartbatkan Agama. Bermula dengan kumpulan yang kecil akhirnya pelbagai kejayaan dapat ditempuhinya.

Setakat ini dulu coretan pertama aku didalam BLOG INSKRIPSI HATI. Doakan agar aku mampu meneruskan coretan didalam blog ini dimasa mendatang dengan pelbagai topik dan idea yang lahir dari hati..


Salam Maal Hijrah


No comments:

Post a Comment