.
Pertamanya mari kita bersama memanjatkan setinggi kesyukuran kepada yang maha Esa kerana dengan izinNya kita dapat melabuhkan tirai 2010 ini dan diberi lagi kesempatan untuk kita sama-sama membuka tirai dan lembaran baru 2011.
Dikesempatan ini sempena tahun baru 2011 mari kita bersama khususn...ya golongan belia untuk kita sama-sama menjadi sesuatu yang terbaik kepada diri, keluarga, bangsa ,Negara dan Agama kita. Mari kita bersama menyumbangkan sesuatu untuk kebaikan kita bersama. Sekilas sikap ulama boleh kita renungkan bagaimana dalam setiap permasalahan yang diperdebatkan tidak ada perpecahan diantara mereka. Jesteru sikap yang sopan santun dan berhikmah yang mereka nampakkan. Mungkin berbeza dengan sikap kita pada hari ini, perpecahan karena perbezaan pendapat, dan semoga tahun ini perbezaan pendapat kita adalah sesuatu bermanfaat dan melahirkan satu transformasi kepada pembangunan seimbang terhadap tanah tumpah kita ini.
Mari kita bersama menanam niat yang ikhlas dalam semua perkara yang ingin kita perjuangan. Niat yang baik akan menjadikan kita mendapat bimbingan Allah SWT. Allah berfirman, "Sesungguhnya Allah menyertai orang2 yang bertaqwa dan orang2 yang berbuat kebaikan." (An-Nahl:128). Ayuh kita Mencari yang terbaik dan menerima kebenaran dari siapapun datangnya. Kita dilahirkan pun dalam keadaan ,kekuatan, kemahiran dan sebagainya berlainan atau pun berbeza. Untuk itu marilah kita gunakan kelainan dan perbezaan antara kita untuk kita jelmakan kearah kebaikan.
Disamping itu, untuk tahun baru ini mari kita berlapang dada dalam setiap perbezaan idealogi, pendapat ataupun sebagainya dengan orang lain namun kita masih saling hormat menghormati. Kita bersedia menghadapi jua keadaan namun janganlah hingga kita menjatuhkan atau mengaibkan orang lain walau ia berbeza dengan kita. Mari kita bersama bersangka baik dan kita bersama tidak tergesa-gesa membuat kesimpulan setiap berita yang kita dengar sebelum kita mendapat kepastian secara sah maklumat yang kita perolehi kerana kita khuatir ia akan menambahkan konflik antara kita dan akhirnya kita semua juga yang akan mengalami kerugian..
Marilah kita bersama berdialog, bermesyuarah ataupun berbincang sesama kita untuk mencari penyelesaian yang terbaik setiap permasalahan yang kita lalui. Bersama kita mengahayati firman Allah S.W.T : " Serulah (manusia) kepada jalan Rabb-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik bantahlah mereka dengan cara yang baik." (an-Nahl:125)Ibnu Katsir Rahimahullah menafsirksan ayat ini,"Jika kalian mempersoalkan mereka, maka lakukan dengan cara yang baik, lemah-lembut dan tutur kata yang sopan."
Bersama kita merealisasikan agar “ Suara Belia Didengari, Isu-Isu Belia Ditangani dan Peranan Belia Diiktiraf”
No comments:
Post a Comment