Salam 1 Malaysia
Alhamdullillah...Syukur kepada Allah Swt. Aku diberika keizinan untuk terus menulis di dalam ruangan INSKRIPSI HATI ini ke sekalian kalinya. Terima kasih juga aku rakamkan kepada anda kerana meluangkan masa untuk membaca entri-etri ku dalam blog ini. Aku amat berharap kalau ada kesilapan daripada aku, agar diperbetulkan supaya setiap kesilapan yang aku lakukan dapat aku perbaiki supaya kekhilafan tidak berlaku didalam diriku....
"Sepakat Membawa Berkat" antara kata-kata azimat untuk kita bersatu. Namun adakah kita benar-benar sepakat, bersatu, bermuafakat bermuzakkarah...Apakah kita sudah berjaya mewujudkan sebuah konsep bersatu padu, rukun dan damai, bertoleransi serta saling faham memahami antara satu sama lain dalam satu harapan ke arah kebaikan secara Majoriti dan bukannya minoriti ?..Adakah wujud "Budaya" perpaduan itu...Apakah hanya perpaduan ini perlu untuk hanya meniti atas titian politik tanpa semangat yang jelas? Aku masih percaya dan yakin politik itu penting tp adakah "politik" yang dibawa itu baik khususnya dalam membawa dan mengajar anak muda kearah politik yang matang. Atas dasar demokrasi ,kebebasan bersuara kita ada pendapat,pandangan dan idelogi yang berbeza tetapi bukankah pentasya sudah dibuka untuk kita memilih melalui pemilihan untuk memilih pemimpin kita dalam apa jua organisasi. Padaku apa keputusan selapas itu, maka ia kena disokong kerana itu adalah sokongan majoriti. Kita perlu berada kembali dalam satu kumpulan dengan perbincangan untuk membawa satu suara..Pemimpin lama dikenang dan dihormati, pemimpin baru disokong dan dibantu..Tp adakah kita laksanakan menghormat yang lama dan menyokong dan membantu yang baru? jika tidak sampai bila erti pepaduan ini tidak bermakna secara sempurna pada pandangan ku....
Terlampau banyak persoalan wujud sungguhpun hakikat perpaduan itu penting dan perlu diadakan. Masalah utama ialah perpaduan masih terikat dalam kepompong politik. Membicarakan perpaduan politik menimbulkan pesimisme sama ada perpaduan bentuk itu akan dapat bertahan atau ia adalah perpaduan kosmetik yang akan luntur sekelip mata.
Jadi ku rasa kita rakyat itu sendiri harus disedarkan – membuka set minda baru – menilai dan membuat keputusan secara optimis dan tidak terikat kepada anasir lain yang akan menghalang perjuangan dan membatasi suara rakyat bila menyebut erti pembangunan sama ada secara fizikal dan rohani. Jangan politik menganjurkan perpaduan dan kerana politik rosak juga perpaduan tersebut.
Aku bukan lahir dizaman menuntut kemerdekaan? tapi ikut pembacaan , dan peceritaan orang zaman itu semua rakyat bersatu, berdialog, berbincang, berkorban melalui untuk menuntut kemerdekaan melalui rundingan akhirnya kemerdekaan diperolehi..

banyak lgi ingin kuluahkan...biar setakat ini dahulu luahan aku. Aku berharap sebagai GENERASI MUDA akan dapat meniru sesuatu yang terbaik dari kepimpinan hari ini seperti lumrah kelahiran didunia ini...
Dilahirkan dari tidak tahu...tetapi meniru kelakuan dari orang dewasa...bercakap,bergaul, cara bermain, makan dan sebagainya...
sudah besar sikit ...diajar oleh orang dewasa...menulis,membaca dan mengira
bila aku udah dewasa nanti...aku akan gunakan semua yang aku tiru da diajar....
AKU HARAP UNTUK AKU DEWASA DIMASA DEPAN TUNJUKKANLAH AKU HARI INI YANG TERBAIK, AJARLAH AKU YANG TERBAIK...
No comments:
Post a Comment