Majis Bacaan Yasin dan Tahlil Diketuai oleh Imam 1 Masjid Ar-Rahman,Kg. Sungai Lada |
Assalamualaikum dan Salam 1 Belia 1 Malaysia...
Alhamdulillah...Pada 23 Disember 2010 inilah program pertama yang dilaksanakan kelolaan sendiri Majlis Belia Labuan sejak Jawatankuasa baru dipilih pada 31/10/10. Sejak pada tarikh itu pelbagai program dilaksanakan oleh pihak Majlis Belia Labuan melalui kerjasama pelbagai Agensi yang ada dilabuan. Jadi Program Jom Ke Masjid adalah program pertama anjuran Majlis Belia Labuan Sendiri.
Antara jemaah belia yang sama-sama hadir |
Program ini amat besar maknanya pada barisan kepimpinan MBL khususnya. Program yang dirancang oleh Exco Kepimpinan dan Sahsiah ini berjalan amat lancar dan sambutan dari kalangan belia amat membanggakan. Melalui ini program ini apa yang cuba disampaikan kepada masyarakat khususnya golongan belia adalah Masjid bukan sekadar pusat ibadah khusus seperti solat dan i'tikaf tetapi peranan masjid adalah lebih luas. Masjid yang suatu ketika dahulu pernah menjadi pusat kebudayaan, muamalat serta berkembangan dakwah Islamiah, adalah pusat aktiviti umat Islam.
Sejak dari zaman Rasulullah S.A.W lagi, kemajuan umat dan gerakan Islam semuanya bermula dari masjid. Masjid telah dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul, berbincang dan merancang strategi yang tidak terhad kepada bidang dakwah malah perdagangan, perundangan, penyebaran ilmu serta pelbagai lagi.
"Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, dan menunaikan zakat dan tidak takut pada siapa pun selain pada Allah maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang yang mendapat petunjuk." (At-Taubah: 18)
"Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, dan menunaikan zakat dan tidak takut pada siapa pun selain pada Allah maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang yang mendapat petunjuk." (At-Taubah: 18)
Antara pengisian sepanjang program ini ialah Solat Maghrib Berjemaah, Bacaan Yassin,Tahlil,Solat Isyak berjemaah dan sembang-sembang bersama belia...AlHamdulillah semua berjalan lancar dan semoga mendapat keberkaan Allah S.W.T.
Program JOM ke Masjid Seterusnya akan dilaksanakan di Masjid AlMuzakirrullah, Kg. Lubok Temiang....JOM kita ke Masjid Al-Muzakirullah...
No comments:
Post a Comment