Friday, January 28, 2011

CABARAN PERANAN PEMIMPIN DAN ORGANISASI BELIA DALAM MEMBINA GENERASI MUDA

  Pengenalan

Semua pihak mempunyai harapan yang tinggi terhadap belia agar berperanan sebagai penggerak utama dalam mempastikan kesinambungan tamadun. Walau bagaimanapun gambaran yang diperolehi mengenai belia masa kini amat tidak menggalakkan. Situasi gawat ini memberi cabaran yang hebat kepada sebarang usaha untuk membentuk golongan muda. Usaha untuk membina belia bukanlah satu perkara yang mudah; memerlukan iltizam yang tinggi dari semua pihak terutamanya kepada para pemimpin belia dan organisasi belia. Peranan kedua-dua tunggak ini boleh diandaikan sebagai dua sayap kepada seekor burung. Burung tidak akan dapat terbang untuk menuju kepada destinasinya atau memenuhi apa-apa keperluan jika sayapnya tidak berfungsi. Begitu juga belia tidak akan terbentuk sekiranya pemimpin dan organisasi belia tidak berfungsi dengan sempurna atau tidak menyalurkan sumber-sumber yang ada ke arah menghasilkan golongan muda yang berwibawa dalam ertikata sebenarnya.

Memahami akan kedudukan pemimpin dan organisasi belia dalam kontek pembinaan golongan muda, persoalan yang boleh ditimbulkan ialah mengapa tunggak yang telah lama wujud ini seperti tidak bermaya untuk membina belia? Adakah mereka tenggelam dalam permasalahan dan tuntutan masa? Atau adakah pemimpin dan organisasi belia tidak mempunyai persediaan untuk menghadapi cabaran-cabaran yang datang secara mendadak? Kesemua soalan ini dan yang berkaitan merupakan cabaran bagi pemimpin dan organisasi belia untuk menilai keberkesanan peranan mereka selama ini dan menyusun strategi untuk terus menyumbang kepada penyediaan golongan muda sebagai pewaris tamadun.

Kertas kerja ini akan cuba untuk mengerakkan minda dan seteru snya hati anda agar berperanan sejajar dengan cabaran masa. Cabaran bagi pemimpin dan organisasi belia dalam membina golongan muda amat banyak sekali. Walau bagaimanapun kertas kerja ini akan memberi tumpuan kepada empat cabaran utama yang merangkumi berbagai cabaran kecil, iaitu: Menghayati Peranan, Menghayati Modenisasi, Penggemblengan Sumber dan Kenderaan Pembinaan Belia.

Untuk memudahkan perbincangan, kertas kerja ini menggunakan perkataan PEMIORIA bagi maksud Pemimpin dan Organisasi Belia. Sekaligus perkataan ini dikaitkan dengan keceriaan yang berpanjangan.
Menghayati Peranan - Cabaran 1


Oleh
Azimi Hamzah, Ed.D

No comments:

Post a Comment