Monday, March 7, 2011

10 WASIAT HASSAN AL-BANNA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. 

1)Wahai kawanku,
Segeralah tunaikan solat di awal waktu. Dikala mendengar azan.Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan
Di situ ada sumber pertolongan. Di situ ada sumber taufiq. Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ...dimulakan dengan menyebut solat di awalnya.Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

2)Wahai kawanku,
Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya. Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit. Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan. Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu. Sumber hidayah kepada anda dan saya.Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman  Di sini ada kedamaian. Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.
 
3)Wahai kawanku,
Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari  Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita... Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4)Wahai kawanku,
Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya !!!

5)Wahai kawanku,
Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s.a.w adalah  yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi  Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!
 
6)Wahai kawanku,
Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair :  Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.
 
7)Wahai kawanku,
Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya  Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8)Wahai kawanku,
Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah...mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat...apabila ada tujuan syarie.
-untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
-untuk menghapuskan kemungkaran
-kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
-kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9)Wahai kawanku,
Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.

10)Wahai kawanku,
Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s.a.w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..)  Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!!  Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya.

Monday, February 21, 2011

PAHLAWAN - PUISI USMAN AWANG

Jika hilangmu tanpa pusara

Jika pusaramu tanpa nama

Jika pusaramu tanpa bunga

Mereka mengatakan kau penderhaka

Engkau tetap pahlawan

Sungai Pahang berubah merah

Rumput tebingnya segala musnah

Satu satu pahlawan rebah

Arus merahnya menjulang mayat

Pahlawan bangsa pahlawan rakyat

Tujuh liang dadanya tersayat.
 
-Usman Awang-

Friday, January 28, 2011

CABARAN PERANAN PEMIMPIN DAN ORGANISASI BELIA DALAM MEMBINA GENERASI MUDA

  Pengenalan

Semua pihak mempunyai harapan yang tinggi terhadap belia agar berperanan sebagai penggerak utama dalam mempastikan kesinambungan tamadun. Walau bagaimanapun gambaran yang diperolehi mengenai belia masa kini amat tidak menggalakkan. Situasi gawat ini memberi cabaran yang hebat kepada sebarang usaha untuk membentuk golongan muda. Usaha untuk membina belia bukanlah satu perkara yang mudah; memerlukan iltizam yang tinggi dari semua pihak terutamanya kepada para pemimpin belia dan organisasi belia. Peranan kedua-dua tunggak ini boleh diandaikan sebagai dua sayap kepada seekor burung. Burung tidak akan dapat terbang untuk menuju kepada destinasinya atau memenuhi apa-apa keperluan jika sayapnya tidak berfungsi. Begitu juga belia tidak akan terbentuk sekiranya pemimpin dan organisasi belia tidak berfungsi dengan sempurna atau tidak menyalurkan sumber-sumber yang ada ke arah menghasilkan golongan muda yang berwibawa dalam ertikata sebenarnya.

Memahami akan kedudukan pemimpin dan organisasi belia dalam kontek pembinaan golongan muda, persoalan yang boleh ditimbulkan ialah mengapa tunggak yang telah lama wujud ini seperti tidak bermaya untuk membina belia? Adakah mereka tenggelam dalam permasalahan dan tuntutan masa? Atau adakah pemimpin dan organisasi belia tidak mempunyai persediaan untuk menghadapi cabaran-cabaran yang datang secara mendadak? Kesemua soalan ini dan yang berkaitan merupakan cabaran bagi pemimpin dan organisasi belia untuk menilai keberkesanan peranan mereka selama ini dan menyusun strategi untuk terus menyumbang kepada penyediaan golongan muda sebagai pewaris tamadun.

Kertas kerja ini akan cuba untuk mengerakkan minda dan seteru snya hati anda agar berperanan sejajar dengan cabaran masa. Cabaran bagi pemimpin dan organisasi belia dalam membina golongan muda amat banyak sekali. Walau bagaimanapun kertas kerja ini akan memberi tumpuan kepada empat cabaran utama yang merangkumi berbagai cabaran kecil, iaitu: Menghayati Peranan, Menghayati Modenisasi, Penggemblengan Sumber dan Kenderaan Pembinaan Belia.

Untuk memudahkan perbincangan, kertas kerja ini menggunakan perkataan PEMIORIA bagi maksud Pemimpin dan Organisasi Belia. Sekaligus perkataan ini dikaitkan dengan keceriaan yang berpanjangan.
Menghayati Peranan - Cabaran 1


Oleh
Azimi Hamzah, Ed.D

Sunday, January 2, 2011

Perpaduan Kaum Perlu Digalak Dari Peringkat Belia

KUALA LUMPUR: Usaha dan langkah awal perlu diambil untuk memastikan sistem pendidikan di negara ini terus menjurus ke arah perpaduan dan mengelak polarisasi antara kaum terutamanya di kalangan belia.

Anggota Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye berkata dalam mempromosikan integrasi kaum, sekolah dilihat sebagai tempat paling sesuai bagi golongan itu dan guru serta ibu bapa harus memainkan peranan mereka ke arah itu.

"Pelajar hari ini adalah pemimpin masa depan dan di bahu mereka terletaknya tanggungjawab dalam membina negara Malaysia yang bersatu padu dengan satu matlamat dikongsi bersama," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Selain guru dan ibu bapa, beliau berkata sekolah, kolej dan institusi pendidikan swasta juga perlu mengambil usaha untuk mencegah polarisasi kaum di peringkat institusi masing-masing.

Ia juga dapat melalui penerapan nilai-nilai murni dan objektif mulia berkaitan dengan perpaduan sejak peringkat sekolah rendah lagi serta penerapan usaha praktikal yang berkaitan perpaduan dalam setiap aktiviti ko-kurikulum dan sukan mereka.

Selain itu, Lee berkata pengetahuan mengenai Rukun Negara penting dalam mendorong belia memahami Malaysia yang bersatu padu.

Demi masa depan negara, katanya perpaduan dan keharmonian harus menjadi sebahagian daripada budaya yang akan mewujudkan banyak peluang kepada pelbagai kaum untuk berjumpa dan menjalin persahabatan lebih akrab. - BERNAMA

(26 Dis 2010)